Destinasi Malaysia Yang Harus Dilawati | MyDunia - Your Lifestyle Portal
MyDunia Logo Login Sign Up MyDunia Logo Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Welcome Guest! Login Sign Up Back

Destinasi Menarik Yang Harus Dilawati Di Malaysia

Deena Anuar

02 Mar 2021

Copy

Done Copy!

Imej oleh Nido Mantanani Island Lodge

Tahun 2020 lepas telah lama diiktiraf sebagai Tahun Melawat Malaysia 2020 tapi alangkah sedihnya bila negara dilanda pandemik COVID-19. Artikel ini akan menunjukkan top 5 destinasi menarik di Malaysia yang harus dilawati untuk menyokong industri pelancongan tempatan terutamanya selepas PKP ataupun PKPB ditamatkan. Ini adalah salah satu cara kita boleh membantu ekonomi negara dan menyemarakkan semangat #kitajagakita.

Pulau Mantanani, Sabah

Imej oleh Viva Mantanni

Sabah sememangnya sinonim sebagai destinasi yang kaya dengan kepulauan terindah di dunia. Negeri Di Bawah Bayu ini sangat terkenal di kalangan penyelam skuba kerana hidupan lautnya yang unik dan menakjubkan. Selalunya Pulau Sipadan disebut sebagai antara pulau popular dan menjadi pilihan pelancong tapi pernahkah anda tahu tentang Pulau Mantanani? Pulau ini pun tak kurang cantiknya, sesuai untuk aktiviti snorkeling dan diving. Ianya terletak di Kota Belud dan memakan masa sekitar 2 ke 3 jam untuk sampai ke sana dari Kota Kinabalu.

Biarpun jauh tapi pulau ni rare sebab anda dapat melihat plankton biru atau ‘bioluminescence’ di pantainya yang seperti ‘glow in the dark’ pada waktu malam. Selain itu, port menyelam di pulau ini lain dari yang lain kerana ianya berdekatan dengan 3 kawasan kapal karam dari zaman Perang Dunia Kedua.

Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak

Imej oleh Sarawak Tourism

Rakyat Malaysia sebenarnya beruntung kerana kita ada banyak Taman Negara menarik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh UNESCO seperti Taman Negara Gunung Mulu. Taman negara ini adalah yang terbesar di Sarawak. Keunikannya, mempunyai rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan telah tercipta sejak 40 juta tahun dahulu. Anda juga akan terpesona melihat formasi luluhawa batu kapur tropika terbaik di dunia juga rabung batu kapur besar yang dikenali sebagai ‘The Pinnacles’.

Selain menikmati keindahan alam, anda juga berpeluang mengenali budaya masyarakat tempatan yang tinggal di sekitar kawasan iaitu suku kaum Berawan dan Penan. Terdapat pelbagai kemudahan penginapan di sini iaitu dari hostel bajet hinggalah yang bertaraf lima bintang.

Lembah Bujang, Kedah

Imej oleh Universiti Sains Malaysia

Negeri Kedah mempunyai pelbagai warisan sejarah untuk kita lawati seperti kawasan arkeologi Lembah Bujang. Terletak berhampiran dengan bandar Sungai Petani, ianya merangkumi beberapa tapak arkeologi yang harus anda terokai. Selain terdapat Muzium Arkeologi Lembah Bujang di mana anda boleh melihat struktur-struktur peninggalan candi lama, terdapat sebuah penemuan arkeologi terbaharu berdekatan dengan muzium iaitu di kawasan Sungai Batu.   

Kajian menunjukkan bahawa tapak ini merupakan tamadun terawal di Asia Tenggara seawal abad pertama Masihi. Di sini anda boleh merasa menjadi ahli arkeologi kerana terdapat pakej ‘Archeotourism’ yang diuruskan oleh penyelidik-penyelidik dari Universiti Sains Malaysia yang aktif melakukan kajian. Kita sendiri boleh melakukan aktiviti ekskavasi di tapak tersebut. Memang sangat awesome pengalaman ini!

Imej oleh Kedah.com

Jangan lupa singgah ke Kompleks Pelancongan Jeti Semeling selepas melawat tapak arkeologi Sungai Batu. ‘Ecotourism’ pula dijadikan sebagai tarikan dengan kewujudan hutan paya bakau yang dapat dilihat apabila anda mengikuti ‘river cruise’ menyusuri Sungai Merbok. Pelancong juga akan dibawa ke beberapa tempat menarik sepanjang river cruise seperti tapak penternakan tiram, Tanjung Dawai dan tapak pelabuhan Kedah Tua.

Sungai Lembing, Pahang

Imej oleh Projek Travel

Apabila bercakap tentang aktiviti perlombongan bijih timah, pasti anda akan teringat pada bandar Ipoh. Sedangkan ramai yang tak tahu mengenai Sungai Lembing yang turut menjadi lokasi penting bagi industri ekonomi ini pada suatu ketika dahulu. Keunikannya, anda sendiri boleh merasai pengalaman memasuki terowong ke lombong bijih timah terpanjang dan terdalam di dunia dengan menaiki kereta api gerabak mini atau lokomotif. Lombong berkedalaman 1,400 kaki di bawah tanah ini kaya dengan pelbagai sejarah termasuklah legenda Lubang Sejuta Ringgit. Kalau nak tahu apa sebenarnya legenda ni, kenalah melawatnya sendiri!

Anda juga harus melengkapkan lawatan dengan mengunjungi Muzium Sungai Lembing yang terletak di sebuah banglo lama, bercirikan seni bina kolonial. Terdapat pelbagai koleksi perkakas dan alatan perlombongan lama yang dipamerkan. Lokasi muzium yang terletak di atas bukit juga dapat memberi pemandangan indah bagi pelancong untuk mengamati sekitar pekan Sungai Lembing.

Gopeng, Perak

Imej oleh Tourism Perak Malaysia

Kalau anda dah sampai ke Ipoh untuk food hunting apa kata singgah sebentar ke Gopeng. Aktiviti ‘white water rafting’ amat popular di Sungai Kampar. Anda tak perlu risau jika pertama kali mencuba aktiviti ni kerana laluan sungai yang sesuai untuk tahap beginner. Jika anda masih tak yakin dengan water rafting, apa kata cuba aktiviti water tubing pula.

Pencinta alam wajib pergi ke Gopeng kerana terdapat Gua Tempurung, gua terbesar di Semenanjung Malaysia.  Pelbagai trek disediakan untuk anda cuba aktiviti ‘caving’ mengikut tahap kecergasan. Trek paling sesuai untuk lawatan bersama keluarga adalah trek ‘Golden Flowstone’ yang mengambil masa 40 minit melalui laluan pejalan kaki yang dilengkapi dengan lampu dan tangga. Anda pasti kagum melihat stalaktit dan stalagmit yang berusia sekitar 400 juta tahun.

Imej oleh Gopeng Heritage House

Bagi pencinta sejarah pula, aktiviti Gopeng Heritage Walk menanti ada. Lawatan berpandu ini menceritakan sejarah pekan Gopeng yang telah wujud sejak 150 tahun yang lalu. Anda akan dibawa ke Muzium Gopeng yang menceritakan bagaimana tertubuhnya pekan bijih timah ini yang dipercayai namanya berasal dari seorang lelaki Cina bernama Mo Peng. Dengan mengikuti ‘heritage walk’ ni, anda juga akan dibawa ke tempat-tempat menarik yang merakam pelbagai nostalgia dan sejarah silam seperti Gopeng Heritage House, Gopeng Antique Kopitiam dan menyusuri deretan kedai-kedai lama di Jalan Pasar serta Jalan Tasek.

Anda pasti teruja setelah melihat tempat-tempat menarik yang dikongsikan bukan? Tentunya ramai di luar sana yang rindu untuk pergi melancong dan paling best kita dah boleh mula merentas sempadan negeri. Jom kita plan dari sekarang!

---

Tak tahan sangat nak melancong? Destinasi anda yang seterusnya sedang menunggu di MyDunia. Lihat pelbagai pakej pelancongan di sini.

Nak mempromosikan penerbangan, hotel atau aktiviti anda? MyDunia boleh temukan anda dengan pelanggan anda. Mari iklankan di sini.

Whatsapp

Copy

Done Copy!
cuti pelancongan destinasi malaysia Destinasi Malaysia Melancong di Malaysia
Trending Now