Barang Kelengkapan Untuk Travel | MyDunia - Your Lifestyle Portal
MyDunia Logo Login Sign Up MyDunia Logo Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Welcome Guest! Login Sign Up Back

Kelengkapan Yang Memudahkan Pengalaman Melancong Anda

Dayana Sobri

09 Apr 2021

Copy

Done Copy!

Kredit: jcomp/Freepik

Walaupun kita masih tidak dibenarkan merentas negeri, kita masih boleh melancong dalam negeri yang kita diami. Jadi jika anda teringin nak merasai weekend trip sebelum bermulanya bulan Ramadan, pastikan anda ada kelengkapan-kelengkapan ni yang memudahkan lagi pengalaman melancong anda, terutamanya ketika dalam perjalanan:

#1 Apple AirPods with Charging Case (RM699)

Kredit: Apple Malaysia

Bosan di dalam perjalanan? Dengar je lagu sampailah anda tiba di destinasi dengan AirPods oleh Apple ni. Jangan risau kehabisan bateri sebab airpods ni turut didatangkan dengan bekas pengecas.

#2 Pelitup muka 3-lapis (RM29)

Kredit: CHAN.GER

Nak melancong ketika musim pandemik masih berleluasa mesti kena lebih berhati-hati dan ikut SOP yang ada, terutamanya memakai pelitup muka masa berada di tempat awam.

#3 Ogawa Facial Lifting & Massage Device With Heat (RM159)

Kredit: Ogawa Malaysia

Kepenatan setelah tiba di destinasi atau seharian keluar berjalan? Pengurut wajah dan badan Ogawa mudah-alih yang dilengkapi dengan haba yang menyedapkan lagi memulihkan suhu badan ni bakal membuatkan anda rasa lega serta-merta bila balik ke hotel.

#4 Huawei Portable WiFi Router (RM499)

Kredit: HUAWEI

Hampir semua orang berasa seperti cacing kepanasan kalau tiada WiFi. Jika tempat penginapan anda tiada servis Internet, WiFi router mudah-alih HUAWEI ni sedia membantu anda.

#5 Hometown Instant Hainan White Coffee (RM20.90)

Kredit: Hometown White Coffee

Rasa mengidam kopi susu istimewa Hainan, tapi tak boleh pergi ke Ipoh sebab sempadan negeri masih dikawal ketat? Bawa je kopi susu segera Hainan oleh Hometown ni, dan nikmatinya di mana jua anda berada.

#6 Ogawa Portable Bio Breeze Air Purifier (RM239)

Kredit: Ogawa Malaysia

Seperti yang dikatakan sebelum ini, kalau nak berjalan-jalan ketika musim pandemik masih berlangsung kena lebih berhati-hati. Jika anda menginap di hotel atau apa jua tempat penginapan umum, anda akan rasa lebih yakin, selamat dan bersih dengan pembersih udara Bio Breeze mudah-alih oleh Ogawa ni.

Macam mana? Dah bersedia untuk weekend trip anda dalam negeri? Pastikan anda ada kelengkapan-kelengkapan ni jika anda ingin pengalaman melancong yang menyenangkan!

---

Tak tahan sangat nak melancong? Destinasi anda yang seterusnya sedang menunggu di MyDunia. Lihat pelbagai pakej pelancongan di sini. Nak mempromosikan penerbangan, hotel atau aktiviti anda? MyDunia boleh temukan anda dengan pelanggan anda. Mari iklankan di sini.

Whatsapp

Copy

Done Copy!
health Travel retail safety Sanitise
Trending Now