Melawat Johor: Bercuti Pulau-Pulau di Mersing | MyDunia - Your Lifestyle Portal
MyDunia Logo Login Sign Up MyDunia Logo Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Welcome Guest! Login Sign Up Back

Mersing: 'Best Kept Secret' Di Johor Yang Masih 'Virgin' Dan Ramai Belum Jejak

Farouq Johari

24 Mar 2021

Copy

Done Copy!

Kredit imej: Farouq Johari

Nama Mersing mungkin dikenali oleh rakyat Johor sebagai destinasi laut dan pantai permai. Namun bagi rakyat di luar negeri itu, masih ramai yang tertanya-tanya dan seakan-akan tidak tahu langsung tentang kewujudan Mersing.

Kalau tahu pun, mungkin orang akan anggap Mersing adalah sebuah perkampungan nelayan. Tapi sebenarnya, Mersing merupakan sebuah syurga tropika yang penuh dengan pulau-pulau peranginan yang cantik, indah, dan tak salah kalau saya samakan kecantikannya dengan Maldives.

Di sini, saya ingin beri sedikit 'teaser' tentang Mersing yang saya sendiri pernah alami selepas mengunjungi destinasi kepulauan indah itu sebanyak 6 kali. Cukup kiranya jika saya selitkan beberapa keping gambar di dalam artikel ini bersama sedikit huraian mengenai Mersing, dan selebihnya anda boleh menilai sendiri betapa indahnya bumi 'rahsia' di negeri Johor ini.

Pulau Besar

Kredit imej: Farouq Johari

Ini dia Pulau Babi Besar atau Pulau Besar. Cantik kan? Kali pertama saya sampai, saya betul-betul terpana melihat kejernihan dan kebiruan air laut di sini. Tak sangka, pulau cantik sebegini wujud di Mersing. Yang paling best, Pulau Besar terletak hanya 20 minit dari jeti Mersing. Naik bot kejap je dah sampai.

Pulau Mentinggi

Kredit imej: Farouq Johari

Jangan ingat sand bank hanya wujud di Maldives. Kat Mersing pun ada juga! Sand bank yang comel ini dapat dilihat di Pulau Mentinggi yang terletak lebih kurang satu jam dari jeti. Dengan pasir putih halus mulus dan air laut jernih bak kristal, sand bank ini sememangnya bertaraf dunia!

Kredit imej: Farouq Johari

Masih di sand bank yang sama, cuma kali kedua saya sampai ke sini semasa air pasang. Maka tenggelamlah sand bank tersebut. Tapi nasib baik keadaan Pulau Mentinggi ini memang sentiasa cantik. Jadi, kalau datang waktu air pasang atau surut sekali pun, tetap puas hati dan amat picturesque.

Kredit imej: Farouq Johari

Haihh rindunya nak jejakkan kaki lagi ke Pulau Mentinggi. Cantik sangat, lebih-lebih lagi waktu matahari betul-betul terik dan memancar di atas kepala.

Balik semula ke Pulau Besar

Kredit imej: Farouq Johari

Lagi gambar di Pulau Besar. Seriously, siapa yang tengok mesti akan tergoda dengan keindahan dan suasana permai pulau ini. Nampak muka girang kami kat atas tu? Macam itulah perasaan kami apabila dapat menghabiskan masa kualiti kami di situ.

Kredit imej: Farouq Johari

Lagi seronok, kami dilayan seperti orang kampung di sana. Senang kata, kami boleh buat apa yang kami suka secara percuma! Termasuklah berkayak. Orang-orang di situ langsung tidak mengenakan apa-apa cas.

Kredit imej: Farouq Johari

Kredit imej: Farouq Johari

Kredit imej: Farouq Johari

Penduduk di Pulau Besar juga membenarkan kami memacak khemah dan memasang hammock untuk tujuan bersantai. Namun sayangnya, pantai ini sudah dikomersilkan dengan resort dan chalet eksklusif pada masa kini. Maksudnya, tak bolehlah nak berkhemah.

Pulau Tinggi

Kredit imej: Farouq Johari

Selain Pulau Besar, saya juga berkesempatan untuk bermalam di Pulau Tinggi. Untuk sampai ke sini, anda perlu menyusuri lautan Mersing selama satu jam dari jeti. Tak kisahlah mana-mana pulau sekali pun, semuanya amat memukau mata memandang!

Kredit imej: Farouq Johari

Kredit imej: Farouq Johari

Jeti papan di Pulau Tinggi. Aahh sungguh indah dan mendamaikan. Kalau waktu pagi dan petang, siap boleh main jetty jump di sini. Waktu malam pula kami jadikan port untuk lepak dan main game Mafia sambil disapa bayu laut.

Gua Rahsia

Kredit imej: Farouq Johari

Amacam Gua Rahsia? Terbeliak mata bila tengok, kan? Air laut di sini memang tersangat jernih dan menghijau seakan-akan lukisan. Waktu pertama kali sampai di sini, saya benar-benar terpesona dengan kemegahan struktur batu berwarna coklat di Gua Rahsia ini.

Kredit imej: Farouq Johari

Itu baru sedikit teaser. Ini saya selitkan gambar Gua Rahsia yang lebih mengancam. Lihatlah betapa hijau dan jernih bak kristalnya air laut di sini. Lagi seronok, kami perlu berenang dari bot yang berhenti berdekatan sehingga sampai ke pintu gua. Tambah lagi adventure apabila kami perlu masuk ke dalam gua dan keluar ikut exit lain di sebelah kiri, kemudian bertemu pula dengan sebuah blue lagoon yang luar biasa. Memang best!

Gerbang Rahsia

Kredit imej: Farouq Johari

Nampak macam gua tapi bukan, saya gelarkan tempat ini sebagai Gerbang Rahsia. Gerbang yang terletak di Pulau Lima Besar ini berdiri dengan megah dengan laluan kecil yang hanya boleh disusuri dengan berenang melaluinya. Bot kecil pun tak boleh lalu. Di sini, bot akan berhenti di satu tempat, kemudian kami perlu menyusuri gerbang ini dan berenang semula ke bot yang sudah berada agak jauh di hadapan.

Kredit imej: Farouq Johari

Itu baru pandangan atas. Kalau selam ke bawah pula, anda akan disajikan dengan pemandangan menakjubkan sebegini. Fuuhh! Tak terkata keagungannya. Kaki diving memang seronok datang dan explore di sini. Bila ambil gambar pun sangat insta-worthy!

Pulau Sibu Kukus

Kredit imej: Farouq Johari

Laut di sini mempunyai tiga lapisan warna berbeza yang menjadikannya cukup world class! Kalau orang tanya saya, Pulau Sibu Kukus ini antara salah satu pulau kegemaran saya di Mersing. Bukan setakat lapisan lautnya yang mengagumkan, pemandangan dari atas bukit di pulau ini juga sememangnya memukau.

Kredit imej: Farouq Johari

Tadaa! Ini dia pemandangan menakjubkan dari atas bukit di Pulau Sibu Kukus ini. Dengan hanya lima minit pendakian untuk sampai ke puncak, segala penat lelah terus hilang sejurus mata disajikan dengan pemandangan ini. Siapa tak naik memang rugi!

Terusan Rahsia

Kredit imej: Farouq Johari

Tak ramai orang tahu tentang Terusan Rahsia ini. Masa saya pergi kali kedua ke Mersing, tiba-tiba boatman beritahu dia nak bawa kami ke satu tempat yang baru sahaja mereka discover. Dia bukan sekadar beritahu, dia siap tunjuk gambar sekali. Terus kami rasa teruja nak pergi. Terusan ini sempit dan hanya boleh muat satu bot sahaja pada satu masa.

Kredit imej: Farouq Johari

Beginilah rupa Terusan Rahsia. Paling best, kami je yang ada di situ waktu ini. Tempat ini kami yang punya! Okay, jom panjat batu dan pergi ke atas tebing. Nak tengok macam mana view dari atas?

Kredit imej: Farouq Johari

Voila! Jujurnya, saya agak tercengang apabila sampai di atas tebing ini. Lihat sahaja pemandangan ini, memang tak boleh tahan sebab terlalu cantik dan amat menakjubkan! Dengan struktur batu gergasi berdiri megah di sebelah kanan, air laut pula menghijau dan jernih sehingga dasar laut juga kelihatan, pemandangan di sini boleh saya kata antara yang terbaik sepanjang saya melawat Mersing. Sebab itulah saya save the best for the last!

Senang cerita, Mersing memang magik!

Kredit imej: Farouq Johari

Sejak dari tahun 2016 hingga 2019, saya sudah melawat Mersing sebanyak enam kali dan lokasi-lokasi di atas ini adalah yang sempat saya lawati. Sebenarnya, Mersing has a lot more to offer. Ada banyak lagi pulau yang saya belum jejaki seperti Pulau Hujung, Pulau Pemanggil, Pulau Aur, Pulau Rawa, dan lain-lain.

Saya sepenuh hati mengesahkan Mersing sebagai sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia. Kadang-kadang kita terlalu melihat pada negara luar sehingga keindahan negara sendiri dipandang sepi. Jadi selepas ini, siapa-siapa yang nak buat island trip, sila jadikan Mersing sebagai lokasi utama anda ya. Saya yakin, anda mesti puas hati!

---

Tak tahan sangat nak melancong? Destinasi anda yang seterusnya sedang menunggu di MyDunia. Lihat pelbagai pakej pelancongan di sini.

Nak mempromosikan penerbangan, hotel atau aktiviti anda? MyDunia boleh temukan anda dengan pelanggan anda. Mari iklankan di sini.

Whatsapp

Copy

Done Copy!
Travel Malaysia Johor Mersing Cuti Percutian Pelancongan Tourism Melawat Johor Cuti di Johor
Trending Now