Tempat-Tempat Bercuti & Menarik di Selangor | MyDunia - Your Lifestyle Portal
MyDunia Logo Login Sign Up MyDunia Logo Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Welcome Guest! Login Sign Up Back

Tak Sangka, Ini 7 Tempat Awesome Di Selangor Yang Ramai Tidak Tahu

Razzlyn Rosli

08 Mar 2021

Copy

Done Copy!

Kredit imej: www.viator.com

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pasti ramai yang merasa lega kerana akhirnya dapat menjalani aktiviti harian seperti biasa. Dah lama terperuk di rumah, mesti ada di kalangan anda yang tak sabar hendak ingin bercuti menenangkan fikiran.

Tetapi sudah pasti ramai yang masih takut untuk keluar bercuti ke luar negara, betul tak? Jangan risau ini kami kongsikan beberapa tempat menarik yang anda boleh kunjungi di dalam Malaysia atau lebih tepat lagi di sekitar Selangor.

#1 Taman Kelip-Kelip Kampung Kuantan

Kredit imej: www.dks.gov.my

Mungkin ramai yang tidak tahu Kampung Kuantan terkenal dengan kelip kelip atau kunang – kunang. Ada juga yang tidak pernah melihat serangga kecil ini.

Keunikan yang ada pada kelip-kelip ini terletak pada bahagian abdomen yang mengeluarkan kelipan cahaya sebagai menarik perhatian pasangan dan sebagai pertahanan dari musuh.  Kumpulan serangga yang menjadikan pokok berembang sebagai habitatnya ini membuatkan pemandangan sekitar seperti dipenuhi lampu kecil.

Anda boleh menikmati keindahan kelip – kelip di Kampung Kuantan dengan menaiki sampan yang disediakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor dengan harga tiket bernilai Rm50 untuk 4 orang bermula pukul 7.30 malam sehingga 10.30 malam.

#2 Bukit Tabur

Kredit imej: www.triphobo.com

Bukit Tabur, antara lokasi pendakian terkenal kerana pemandangannya yang memukau. Terletak di tengah – tengah ibu kota Kuala Lumpur, di Taman Melawati, Bukit Tabur mempunya dua trek iaitu Tabur West dan Tabur East.

Dengan ketinggian 396 meter, kebiasaannya pendakian mengambil masa antara 3 – 4 jam berpandukan skil dan trafik pada hari tersebut.

Anda perlulah mengenakan pakaian dan kasut yang sesuai bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan kecelakaan. Mereka yang tidak mempunyai pengalaman mendaki, dinasihatkan untuk membawa teman atau pemandu arah sebagai langkah berjaga-jaga.

#3 Keunikan Suku Mah Meri di Pulau Carey

Kredit imej: www.sky-adventure.com

Pulau Carey, Selangor terkenal dengan kebudayaan orang asli suku Mah Meri.

Aktiviti harian penduduk di kawasan pedalaman Pulau Carey dipengaruhi oleh kepercayaan, adat resam dan seni yang diwarisi dari setiap generasi.

Tarian selamat datang yang dikenali sebagai Mayin Jo’oh biasanya akan dipersembahkan ketika ada sampai sebagai tanda  tanda mengalu-alukan kedatangan pelancong.

Selain itu, anda juga boleh menghabiskan masa dengan menziarahi dan melihat rumah-rumah dan hasil seni halus yang disediakan oleh penduduk kampung tersebut.

#4 Seafood Hunting – Pulau Ketam

Kredit imej: www.startravel.com.my

Percutian ke Pulau Ketam pastinyamenyeronokkan kerana lokasi pulau kecil ini menarik dan dikelilingi hutan bakau.

Pulai Ketam mempunyai dua penempatan iaitu Desa Pulau Ketam dan Desa Sungai Lima. Tidak ada jalan pengangkutan yang menyambungkan dua penempatan ini selain bot, sampan,berjalan kaki atau berbasikat di jalan kayu atau konkrit sempit di laluan kampung.

Setibanya di jeti feri Pulau Ketam, anda disambut dengan kedai–kedai yang menjual ikan kering dan makanan laut . Selain itu, jalan utama pulau ini juga dipenuhi dengan restoran makanan laut.

Selepas menikmati makanan laut anda boleh menyewa basikal untuk menikmati pemandangan sekeliling. Secara tidak langsung anda dapat menjamu perut dan juga mata. Percutian singkat di Pulau Ketam sememangnya dapat merehatkan fizikal dan menenangkan minda anda.

#5 Pantai Cermin, Kuala Selangor

Kredit imej: www.tripadvisor.com.my

Pantai Cermin atau lebih dikenali sebagai “Sky Mirror Beach” adalah salah satu tempat menarik dan unik untuk anda rakamkan memori percutian. Namun begitu, tempat ini tidak boleh dikunjungi sesuka hati jika anda mahu bergambar seperti refleksi cermin.

Terletak lebih kurang 40 minit dari Sekinchan, fenomena “Sky Mirror” hanya muncul beberapa hari sahaja dalam sebulan iaitu ketika paras laut rendah.

Untuk sampai ke destinasi, anda perlu menaiki bot. Sebaiknya lakukan tempahan bot lebih awal untuk memastikan anda tidak tersilap memilih tarikh dan masa yang sesuai untuk lawatan ke sana.

#6 Air Terjun Sungai Chilling

Kredit imej: www.blog.wego.com

Terletak lebih kurang 13 kilometer dari Kuala Kubu Bharu, Air Terjun Sungai Chilling merupakan salah satu destinasi rekreasi yang terkenal bukan sahaja untuk pengunjung tempatan tetapi luar negara.

Apa yang menarik tentang Air Terjun Sungai Chilling ialah anda perlu menyeberangi enam sungai kecil yang mempunyai kedalaman paras peha dan pinggang sebelum anda boleh menikmati keindahan air terjunnya.

Pengalaman merentasi sungai kecil dan danau kecil sudah pasti memberikan pengalaman menarikterutamanya yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sini.

#7 Water Rafting di Kuala Kubu Baru

Kredit imej: www.viator.com

Kuala Kubu Bharu sangat popular dengan aktiviti ekstrem dan salah satunya ialah Water Raftingsepanjang 7 kilometer dengan kederasan dan kecerunan berbeza dari gred 1 sehingga ke gred 5.

Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang satu ke dua jam bergantung pada aliran air. Anda tidak perlu risau jika tidak mempunyai kemahiran berenang kerana pihak penganjur akan menyediakan jaket keselematan dan anda akan ditemani oleh seorang pakar rakit.

Terdapat banyak lagi lokasi menarik yang anda boleh kunjungi di Selangor untuk anda yang ingin melarikan diri dari kesibukan ibu kota. Senarai di atas sangat sesuai sebagai “short get away”. Tambahan pula, aktiviti percutian dalam Malaysia bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan tetapi dapat membantu meningkatkan industri pelancongan Malaysia!

Selamat bercuti semua!

---

Tak tahan sangat nak melancong? Destinasi anda yang seterusnya sedang menunggu di MyDunia. Lihat pelbagai pakej pelancongan di sini.

Nak mempromosikan penerbangan, hotel atau aktiviti anda? MyDunia boleh temukan anda dengan pelanggan anda. Mari iklankan di sini.

Whatsapp

Copy

Done Copy!
Travel Cuti Pelancongan Percutian Selangor Malaysia
Trending Now