Cara Menjimat Minyak Kereta | MyDunia - Your Lifestyle Portal
MyDunia Logo Login Sign Up MyDunia Logo Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Welcome Guest! Login Sign Up Back

Cara Bawa Kenderaan Pun Boleh Sebabkan Pembaziran Minyak

Izza Yatim

04 Mar 2021

Copy

Done Copy!

Kredit: @senivpetro/freepik

Ada macam-macam sikap pemandu di jalan raya. Ada yang suka memecut, ada pula yang asyiklah tekan brek dan tak kurang juga yang bawa santai tanpa mempedulikan deretan kenderaan di belakang. Tahukah anda, sikap serta gaya pemanduan ini boleh mempengaruhi jumlah penggunaan minyak?

Ha, selain pandu kenderaan cekap minyak, anda kenalah pastikan enjin dimatikan jika terpaksa menunggu di dalam kenderaan, kerap memeriksa tekanan angin tayar dan pastikan kenderaan anda diselenggara mengikut masa. Bukan tu je, ada banyak lagi cara yang anda boleh jadikan amalan untuk menjimatkan minyak kenderaan, seperti yang kami kongsikan ini!

#1 Nak pakai aircond ke, buka tingkap?

Jika buka tingkap, kenalah tutup aircond dan pandu pada kelajuan rendah. Tetapi jika memandu di lebuh raya, sebaiknya tutup semua tingkap dan hidupkan aircond bagi mengurangkan rintangan angin yang meningkatkan penggunaan minyak.

Kredit: Ichad Windhiagiri/Pexels

#2 Jangan tinggalkan barangan yang tak diperlukan.

Konsepnya mudah je. Lebih ringan kenderaan, kurang tenaga digunakan. Sebab itu penting untuk kurangkan beban kenderaan dengan cara membawa barangan perlu dan tak perlu tinggalkan barangan seperti beg pakaian, stroller anak dan kasut di dalam kenderaan

#3 Bawa kenderaan dengan kelajuan sederhana dan konsisten.

Jangan kerap tekan brek dan sebolehnya elak brek mengejut. Cara terbaik, lepaskan pedal minyak perlahan-lahan sehinggalah kenderaan anda mencapai kelajuan yang diingini.

#4 Rancang perjalanan!

Sebaiknya elakkan memandu pada waktu puncak, study dulu laluan supaya anda tidak tersesat dan tidak perlu berulang-ulang di laluan yang sama untuk tujuan berbeza.

Kredit: @aleksandarlittlewolf/freepik

#5 Tak perlu bawa terlalu perlahan atau terlalu laju.

Ikut je halaju yang telah ditetapkan dan jaga jarak selamat dengan kenderaan depan. Dengan cara ini, anda ada lebih masa untuk memperlahankan kenderaan tanpa perlu brek mengejut.

#6 Fokus!

Perasan tak orang yang main telefon ketika memandu akan bergerak ke kiri, ke kanan dan kerap tekan brek? Ha, jika anda nak kurangkan minyak kenalah fokus pada pemanduan.

Kredit: @Acharaporn Kamornboonyarush/Pexels

Selama ini bagaimana cara anda bawa kenderaan? Orang kata jangan tergesa-gesa. Pandu cermat jiwa dan poket pun selamat!

___

Jom ketahui lebih lanjut tentang auto di MyDunia.

 

Whatsapp

Copy

Done Copy!
Auto Cars Car Care Petrol Cara Jimat Minyak Kereta Tips Jimat Minyak Kereta
Trending Now