Tips Kemas Ruang Rumah yang Selalu Diabai Sebelum Raya | MyDunia - Your Lifestyle Portal
MyDunia Logo Login Sign Up MyDunia Logo Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Welcome Guest! Login Sign Up Back

5 Ruang Dalam Rumah Yang Selalu Orang Abai

Izza Yatim

12 May 2021

Copy

Done Copy!

Membersihkan Cermin Rumah sebelum Raya

Kredit: diana.grytsku/freepik

 

Hari raya adalah masa yang sangat dinantikan oleh semua umat Islam. Hari inilah waktu terbaik untuk bertemu sanak saudara, bermaaf-maafan dan berkongsi cerita. Iyalah, hari lain masing-masing ada kekangan tersendiri.

 

Walaupun hari raya tahun 2021 ini tidak dapat dirai dengan aktiviti kunjung mengunjungi, tidak bermakna kita boleh membiarkan rumah tidak dikemas rapi... Bukankah kalau kemas tersusun, sedap mata sendiri memandang?

 

Jangan jadi begini...

 

 

Ruang utama yang diberi penekanan tentunya ruang tamu. Bagaimana dengan ruang lain? Dalam sibuk menghias rumah, pastikan anda tidak terlepas pandang 5 ruang ini.

 

#1 Halaman belakang

 

Ala, siapa yang nak tengok ruang belakang rumah? Tiada siapa tengok tidak bermakna anda boleh membiarkan ruang ini tanpa dikemas. Pastikan kawasan-kawasan yang boleh menakung air serta menyebabkan pembiakan nyamuk aedes dibuang, longkang dan semak samun dibersihkan. Walaupun tiada orang lain yang melihat, sekurang-kurangnya kita seronok berada di dalam rumah yang bersih dan bebas bau kurang menyenangkan.

 

#2 Tandas

 

Antara kawasan penting yang mestinya dalam keadaan terbaik. Sental keluar kulat-kulat di celahan marmar, bersihkan sinki, kawasan letak sabun dan ubat gigi, buang berus gigi lama yang tidak digunakan, bersihkan mangkuk tandas dan pastikan tiada pakaian dalam atau baju kotor bergantungan di dalam tandas. Bukan hanya tandas tetamu, tetapi semua tandas dan bilik mandi yang ada di dalam rumah.

 

#3 Dapur

 

Jangan gunakan alasan dah penat memasak, sampai tak sempat kemas dapur. Sebaiknya susun atur pinggan mangkuk, bekas rempah dan stok bahan kering agar sedap mata memandang. Sapu dan mop agar lantai tidak berminyak.

 

#4 Bilik tetamu

 

Sediakan satu bilik khas yang kemas dan lengkap dengan kelengkapan solat. Iyalah, kita kenalah sentiasa bersedia jika tetamu ingin menumpang solat di rumah. Sebaiknya biarlah bilik tadi dalam keadaan tersusun dan selesa.

 

#5 Peti sejuk

 

Ha, bukan dapur je kena dibersihkan, peti sejuk pun tak kurang pentingnya. Buang makanan lama yang telah busuk atau dah tamat tempoh, lap bersihkan setiap bahagian dan susun bahan makanan dengan teratur.

 

Nampak remeh tetapi ruang ini sama pentingnya dengan ruang tamu tempat bersembang, membuat panggilan video dan bertukar cerita. Iyalah, kita mahukan tetamu selesa datang ke rumah kita dan kita sendiri seronok berada di rumah sendiri. Takdelah pening kepala, serabut melihat rumah berselerak.

 

So, jomlah kita kemas rumah!

 

Whatsapp

Copy

Done Copy!
rumah dekor deco ruang raya
Trending Now