Tips Pilih Langsir Untuk Naikkan Seri Rumah | MyDunia - Your Lifestyle Portal
MyDunia Logo Login Sign Up MyDunia Logo Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Welcome Guest! Login Sign Up Back

Seni Gantung Tirai Untuk Naikkan Seri Rumah

Izza Yatim

11 Mar 2021

Copy

Done Copy!

Kredit: @diana-grytsku/freepik

Langsir bukan sahaja sebagai penapis cahaya matahari dan menjadikan rumah redup, ianya juga merupakan salah satu elemen penting dalam dekorasi kediaman anda. Pendek kata langsir ini adalah ‘final touch’ yang melengkapkan sesebuah kediaman.

Sebab itu pemilihan langsir adalah penting! Selain kombinasi warna dan material kain, teknik menggantung juga memainkan peranan. Tidak kiralah anda menempah atau membeli siap, pastikan ukuran langsir adalah tepat dan sesuai dengan kediaman anda.

Animation Loop GIF by Slanted Studios - Find & Share on GIPHY

 

#1

Ada banyak jenis material yang boleh dipilih tetapi untuk dapatkan langsir yang tergantung cantik, material linen, sutera, sutera faux dan baldu adalah pilihan terbaik. Tetapi ianya bergantung kepada ruang di mana langsir akan digantung. Linen sesuai untuk ruang santai, manakala velvet lebih kepada ruang privasi seperti di bilik tidur.

Kredit: Freepik

#2

Pastikan saiz langsir lebih besar dan labuh daripada tingkap. Jika inginkan kediaman kelihatan tinggi, langsir perlu digantung lebih tinggi dari tingkap kira-kira 6 inci di atas bidai tingkap, beberapa inci mencecah siling.

Kredit: @lifeforstock/freepik

#3

Pilih warna langsir yang sepadan dengan peralatan rumah, tidak perlu terlalu sama tetapi kombinasi warna tidak terlalu jauh berbeza.

Kredit: @aopsan/freepik

#4

Warna terbaik untuk langsir adalah satu tona lebih cair atau lebih gelap daripada dinding. Sebaiknya pilihlah warna-warna neutral yang lebih mudah untuk disuai padankan dengan dekorasi kediaman.

Ada beberapa kaedah menggantung langsir mengikut kesesuaian ruang. Ada langsir menggunakan rod nipis, rod tebal ada pula yang dipasang beberapa lapis dan ada juga dipasang dengan pelbagai lipatan. Paling penting, kenal pasti kediaman anda serta hiaslah mengikut kesesuaian dan selera anda.

___

Dapatkan lebih banyak idea untuk rumah idaman anda di MyDunia.

Whatsapp

Copy

Done Copy!
home decor curtain tips Tips Pilih Langsir Cara Pilih Warna Langsir
Trending Now