Cadangan Hadiah Buat Pasangan Di Musim Pandemik | MyDunia - Your Lifestyle Portal
MyDunia Logo Login Sign Up MyDunia Logo Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Welcome Guest! Login Sign Up Back

7 Cadangan Hadiah Buat Pasangan Di Musim Pandemik

Izza Yatim

01 Jun 2021

Copy

Done Copy!

Hadiah Buat Tersayang

Kredit: Monstera/Pexels

Bukan sahaja anda, tetapi semua orang terkesan dengan pandemik ini. Dari anak kecil sehinggalah orang dewasa. Iyalah, sebelum ini kita bebas ke mana-mana, hujung minggu berjalan di shopping mall atau merentas negeri untuk bercuti. Tetapi, tahun ini sudah memasuki tahun kedua kita jalani rutin kehidupan norma baharu.

Tetapi usah jadikan pandemik ini sekatan untuk anda suburkan rasa kasih pada pasangan. Usah buat-buat lupa hari istimewa mereka. Sebaliknya, kita raikan momen manis ini di rumah dengan cara kita. Selain candlelight dinner di rumah, ini antara cadangan hadiah yang boleh anda berikan pada pasangan semasa musim pandemik ni. Barulah berbunga-bunga hati si dia.

 

#1 Genve Scented Hand Sanitizer

Hand Sanitizer Wangi Buat Wanita & Lelaki

Rekaannya produk sanitasi ini yang stylo, simple, bersaiz kecil dan mudah di bawa ke mana-mana, hand sanitizer wangi ini sesuai dijadikan hadiah buat pasangan.

Lindungi diri dan yang tersayang dengan Genve Scented Hand Sanitizer for Hers dan Genve Scented Hand Sanitizer for His.

 

#2 Ogawa Ozonator

 Spray Anti-Bakteria Pembasmi Kuman

Bukan sahaja tangan kena kerap dibasuh, kelengkapan rumah pun kena disanitasi dengan kerap. Paling mudah adalah dengan menggunakan semburan anti-bakteria Ogawa Ozonator. Anti-bakteria spray ini tidak toksik dan membasmi sehingga 99.9 peratus bakteria dan kuman.

Kediaman bebas daripada kuman dan bakteria dengan Ogawa Ozonator. Dapatkannya di MyDunia.

 

#3 Ogawa Bio Breeze 

 Udara Segar Dengan Ogawa Bio Breeze

Diffuser aroma Ogawa dengan jam Bio Breeze ini merupakan kombinasi jam dengan humidifier yang didatangkan dengan teknologi ultrasonic bagi mengekalkan kelembapan udara supaya udara yang dihirup setiap hari segar dan sihat. 

Nak hirup udara segar setiap hari? Dapatkan Ogawa Bio Breeze di MyDunia.

 

#4 Ogawa Ultimate Germagic Air Purifier 

Pembersih Udara Ogawa Ultimate Germagic Air Purifier

Pembersih udara Ogawa Ultimate Germagic Air Purifier ini dapat membasmi 99.9 peratus bakteria berbahaya pada udara. Dilengkapi dengan Germagic Hepa Filter, memang sesuai dijadikan hadiah buat yang tersayang.

Lindungi keluarga dan yang tersayang dengan OGAWA air purifier.

 

#5 Toush Smart Robot Vacuum 

 Toush Smart Robot Vacuum

Sayangkan pasangan, sama-samalah ringankan tugasnya membersihkan rumah. Salah satu caranya dengan menghadiahkan pasangan vakum robotik Toush Smart Robot Vacuum. Bolehlah jimatkan masa mengemas dan beri lebih masa rehat kepada pasangan. Barulah ada lebih banyak masa bersama.

Nak rumah bersih dan pasangan sentiasa tersenyum? Hadiahkan pembersih vakum robotik Toush Smart Robot Vacuum ini!

 

#6 Toush Smart Air Purifier 

 Toush Smart Air Purifier menyegarkan udara

Tak dapat bawa pasangan menghirup udara segar di kaki bukit atau di pinggir pantai, anda boleh hadiahkan pasangan pembersih udara Toush Smart Air Purifier.

Hadiahkan Toush Smart Air Purifier, barulah si dia dan seluruh keluarga dapat hirup udara segar setiap hari.

 

#7 Hiblendr

Minum Jus Buah-Buahan Segar Dengan hiblendr

Walaupun #dudukrumah tetapi kenalah pastikan kita ambil makanan dan minuman sihat. Salah satu daripadanya dengan mengambil buah-buahan serta jus segar setiap hari. Dengan pengisar jus  hiblendr ni memang senang nak buat jus.

Jom minum jus buah-buahan segar setiap hari. Dapatkan hiblendr di MyDunia.

Ada banyak kan cadangan hadiah menarik yang boleh anda dapatkan untuk merai hari istimewa pasangan atau anniversary kalian berdua. Dahlah praktikal dan sangat sesuai untuk musim pandemik ni, boleh digunakan seisi keluarga pula tu.

--------

Kalau anda ingin membeli barangan keperluan harian, anda boleh dapatkan apa saja yang diperlukan di MyDunia. Dapatkan keperluan harian anda di sini.

 Ada produk baharu yang ingin dijual? Biar MyDunia bantu anda dalam mencari lebih ramai pelanggan. Hantarkan butiran anda di sini.

Whatsapp

Copy

Done Copy!
hadiah kejutan hadiah hari lahir anniversary ulang tahun
Trending Now