Tip Sambutan Hari Raya Untuk Anak Perantau 2021 | MyDunia - Your Lifestyle Portal
MyDunia Logo Login Sign Up MyDunia Logo Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Travel Shopping Inspirations Sell with MyDunia About us Contact us Welcome Guest! Login Sign Up Back

Tak Dapat Balik Kampung Raya Ni? Kita Bawa Kampung Ke Sini!

Izza Yatim

23 Apr 2021

Copy

Done Copy!

Sambutan Raya 2021 Bersama Keluarga

Kredit: mentatdgt/Pexels

Apalah ertinya Aidilfitri jika tidak dapat disambut dengan keluarga tersayang. Sayu, sedih dan pilu tentunya menjadi peneman setia setiap kali takbir dan lagu raya berkumandang atau bila menghubungi keluarga. Lebih-lebih lagi buat si bujang di perantauan.

Sudahlah tahun lalu tidak dapat pulang ke kampung, sebulan Ramadan kali ini pun tidak dapat berkumpul iftar bersama keluarga. Rindu ibu ayah? Tataplah wajah mereka di dalam fon dan sudah tentu hari raya nanti rutin ziarah-menziarahi perlu ditemani SOP.

Tak usah bersedih...

Belajar daripada pengalaman lalu! Tahun ini andai tidak dapat berhari raya di kampung halaman sekali lagi, kita bawa suasana lebaran dari kampung ke sini! Macam mana? Ini kami kongsikan tip Aidilfitri buat anak perantau pada waktu pandemik ini!

#1 Sediakan juadah wajib keluarga di pagi raya

Ada yang makan lemang, ketupat, nasi impit, laksa dan tak kurang juga yang menggemari hidangan berasaskan nasi seperti nasi minyak, nasi hujan panas dan nasi daging. Kuih raya tradisi pun jangan dilupa.  Tidak kiralah apa pun jua makanan keluarga, lebaran kali ini menu-menu ini perlulah tersedia di atas meja.

Yang tak tahu nak masak tu, bolehlah call atau video call mak atau adik-beradik lain. Manalah tau ada yang sudi nak poskan pes air tangan atau makanan sejuk beku ke kan...

#2 Plan dengan ahli keluarga untuk berkumpul secara maya 

Kenalah plan awal supaya semua ahli keluarga bersedia dengan baju baru dan berhias cantik. Tak syok kalau ada yang tak lengkap. Jika ada rezeki lebih, bolehlah belanja ahli keluarga baju baharu. Bila dah berkumpul beramai-ramai, walaupun secara maya ni sudah tentu banyak cerita yang hendak dikongsi. Bolehlah melepas kerinduan yang bersarang di hati!

#3 Takbir raya keluarga

Bila semua dah bersedia dengan pakaian raya, jangan lupa rutin bermaaf-maafan dan bersama-sama bertakbir raya. Lebih menarik jika kesempatan yang ada ini digunakan untuk membuat tahlil ringkas dan mendoakan ahli keluarga yang telah tiada. Nak bagi duit raya pun boleh, semua pun di hujung jari!

#4 Ambil gambar famili dan buat video

Rekod video dan ambil gambar momen manis ni. Kemudian minta ahli keluarga yang lain kongsikan gambar mereka dengan anda, dan buatlah video memori raya 2021 untuk dikongsi bersama. Iyalah, tahun lalu kita tidak bersedia untuk merai lebaran dengan cara begini. Tetapi tahun ini sudah tentu perancangannya lebih rapi.

#5 Hantar pek kasih sayang Hometown Hainan Coffee

Tak dapat balik kampung, tidak mengapa... Anda boleh hadiahkan kepada diri sendiri dan insan tersayang pek lebaran sebagai tanda ingatan. Ada banyak pek lebaran yang boleh anda dapatkan, salah satunya Pek Lebaran Hometown Hainan Coffee dan biskut Famous Amos pada harga RM69 (harga asal RM85) dengan kos penghantaran percuma.

Set Raya dengan Hometown Kopi Hainan Segera & Famous Amos

Kredit: HOMETOWN Hainan Coffee

Antara yang terkandung dalam pek ini termasuklah:

  • Kopi Hainan Segera HOMETOWN
  • Teh Susu Hainan Segera HOMETOWN
  • Kopi Cham Hainan Segera HOMETOWN
  • Biskut Chip Coklat Original FAMOUS AMOS
  • Kad Raya Edisi Terhad
  • Beg kertas HOMETOWN

Set Raya dengan Hometown 3 Pek Kopi Hainan Segera

Kredit: HOMETOWN Hainan Coffee

Anda juga boleh rebut promosi 3 Pek Bundle pada harga RM54 dengan pilihan Kopi + Teh Susu + Kopi Cham pada harga RM54 (harga asal RM62.70). Bolehlah sama-sama nikmati keenakan Hometown Hainan Coffee dan biskut Famous Amos sambil video call di pagi Aidilfitri.

Apa tunggu lagi? Jom dapatkan Pek Raya Kopi Hainan dan 3 Pek Bundle anda hari ini!  

---

Kalau anda ingin membeli barangan keperluan harian, anda boleh dapatkan apa saja yang diperlukan di MyDunia. Dapatkan keperluan harian anda di sini.

Ada produk baharu yang ingin dijual? Biar MyDunia bantu anda dalam mencari lebih ramai pelanggan. Hantarkan butiran anda di sini.

Whatsapp

Copy

Done Copy!
sambutan hari raya raya set pek lebaran Aidilfitri
Trending Now